Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Puluhan anggota Parti Pekerja Kurdistan dilaporkan terbunuh apabila pesawat tempur Turki melancarkan dua serangan berasingan ke atas posisi mereka di wilayah berautonomi separa Iraq, Kurdistan.
Staf Tentera Turki pada hari Sabtu mengumumkan bahawa enam orang militan PKK terbunuh di kawasan Sinat-Haftan dan lapan yang lain mengalami nasib yang sama di kawasan Adiyaman.
Kenyataan itu dibuat di sebalik tuntutan Baghdad yang mahukan Ankara menghentikan sebarang serangan udara ke atas militan Kurdis di wilayah utara Iraq. Baghdad seringkali mengecam tindakan sedemikian dan menganggapnya sebagai sebuah pencabulan terang-terangan Turki ke atas kedaulatan wilayahnya.
Turki baru-baru ini telah meningkatkan serangan mereka ke atas kedudukan PKK di utara Iraq dan juga sekutu mereka di Syria iaitu Unit Pelindung rakyat (PYG).
Pada awal minggu ini, pesawat tempur Turki telah mengebom pasukan Kurdis di Syria dan Iraq sekaligus menimbulkan kegusaran Washington yang merupakan sekutu kuat Ankara.
Militan PKK yang menuduh Ankara membantu dan menyokong kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah melancarkan beberapa siri serangan ke atas pasukan keselamatan Turki.
/315
29 April 2017 - 15:45
News ID: 826750
Puluhan anggota Parti Pekerja Kurdistan dilaporkan terbunuh apabila pesawat tempur Turki melancarkan dua serangan berasingan ke atas posisi mereka di wilayah berautonomi separa Iraq, Kurdistan.